Ahad, 10 Mac 2013

Program Bakti Siswa 2013

Assalammualaikum....

Hmm,da lama rasanya lisa tak menulis disini, hehe..
baru sekarang ni la lisa rasa ada modal sikit nak menulis di blog ni..huahua..

Pada minggu lepas 28-3 hb Mac, aku telah mengikuti suatu program anjuran Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan (PEMANIS) yang bertempat di Felda Palong 1, Gemas. Program ini dinamakan Bakti Siswa, yang mana banyak aktiviti dijalankan antaranya sukan rakyat, rewang bersama penduduk Palong 1, kenduri, penyerahan anak angkat dan macam-macam lagi.

Yang syoknya, aku pergi program ni siap cakap nogori yang x tahan tu sepanjang ada di sana..al-maklumlah den ni bukan la pure orang nogori, tapi sampai sana jer, automatik bahaso nogori, den bole cakap..fuhhh, raso den ni macam anok nogori botul la..hohoho..
Kesimpulannya, sepanjang mengikuti program ini, aku dapat banyak pengalaman yang tak dapat dilupakan, berkenalan dengan orang baru, tahu cara hidup orang lain, hormat orang tua, kerjasama sesama kita, dan banyak lagi perkara yang aku pelajari semasa di sana.


Jadi, inilah al-kisahnya setakat yang den dapat tulis hari ini..raso tak dayo dah nak menulis berjela-jela...hehe..

p:s/ yang sebenarnya den malas nak menulis panjang-panjang...hehe

penyerahan anak angkat

kami dan warga felda palong 1

rewang-merewang...hehe

poco-poco

akak-akak yang main bola jaring

den bersamo adik-adik form 3 and form 5

den tak main bola jaring, dok sokong je...hehe

solat jemaah sesama...

makan kenduri la kiter...

ni dok main bola tampar..

gotong-royong

sukan rakyat...

adik-adik yang supporting sngt...

kami yang baru sampai negeri sembilan..

peace yoo...

Jumaat, 15 Februari 2013

InsyaAllah...


Ujian bagaikan bicara atau sapaan Allah
agar kita ingat apa yang lupa
ubah apa yang salah
atau tambahkan pahala 
dan padamkan dosa
hiasilah hidup dengan istighfar
iaitu kembali kepada Allah dan mohon ampun kepadaNya dengan jujur, luhur dan khusyuk
itulah penawar yang akan membuka kebahagian
ITULAH JANJINYA.........

Ahad, 6 Mei 2012

Taman Tamadun Islam.....

Assalammualaikaum,

hmm, rasanya da lama aku tak update blog nie..huhu...
so, hari ini tetiba rasa 'ringan tulang' pulak nak menaip entri tentang TTI..kepada orang Teganu kita, confirm tau kewjudan TTI nie yang mana merupakan salah satu tarikan pelancong yang datang melawat ke Kuala Terengganu, taman ini memaparkan 23 buah monumen Islam yang hebat dari seluruh negara......kalau nak masuk taman ni, harga tiketnya antara rm10-15 seorang kalau tak silap aku la, kalau datang ramai-ramai buat rombongan ada la pakej-pakej tertentu, maybe murah sikit kot...

dan yang sebenarnya...cewwah!(macam lagu yuna pulak) sebenarnya, aku tak der la rajin mana nak menaip pasal taman tamadun islam ni, just nak tunjuk beberapa gambar je untuk tatapan umum...hehe...

Kubbah As-Sakhra, Baitul Muqaddis, Palestin

Nabawi Mosque, Madinah, Saudi Arabia

Suleyman Mosque, Turkey

Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei Darussalam

Sultan Mosque, Singapore

Pattani Central Mosque, Thailand

Taj Mahal, Agra, India

TTI Waterwheel

Badshahi Mosque, Lahore, Pakistan

Great Mosque of Samarra, Iraq

Abu Nasr Parsa, Afghanistan

Al-Haram Mosque, Mecca, Saudi Arabia

Aleppo Citadel, Syria

Mosque of Mohamed Ali, Egypt

hehe, gambar kiter-kiter pulak.....huda,linda n me.....

love them forever!


jadi, ini semua beberapa keping gambar yang dapat aku kepilkan untuk post hari ni....harap-harap sesiapa yang berminat boleh la melawat sendiri ke Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu nie....daaaa~

Rabu, 8 Februari 2012

Sedikit Kata-Kata Untuk Hari ini..


Setiap kita hakikatnya adalah hamba Allah,
maka tunaikanlah hak Allah dengan sepenuh hati agar Allah sentiasa memandang kita dengan penuh cinta...
berbuatlah segala sesuatu kerana Allah,
agar setiap langkah kita akan dipandu olehNya....
jangan pernah mengharap sesama manusia kerana sama lemahnya yang berharap dan yang diharap...
tetapi hulurkan tangan agar kita tetap sama-sama bergandengan memikul dakwah menyeru manusia kepada Allah.....


Sabtu, 3 Disember 2011

Thank You....


Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain,
kecuali orang-orang  yang berdasarkan taqwa.
(az-zukhruf :67) 

teman, aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq, 
persahabatan dijalin kerana al-khaliq,
harta dikorban bukan sedikit,
cintakan kebenaran, sanggup bersakit...

aku ingin persahabatan indah,
bisa menjadi syafaat di mahkamah masyar nanti...
InsyaAllah.....

Isnin, 5 September 2011

Selamat Hari Raya.....


Sebening air wudhu', 

sesuci al-Quran,

semerdu alunan zikir, 

seindah solat lima waktu,

setenang hati yang tiada rasa benci dan dendam,

jika tangan tak sempat berjabat, 

bukalah pintu maaf untukku......

SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN.....

Isnin, 1 Ogos 2011

Marhaban ya Ramadhan!


Ramadhan is coming with his wife Barakah and two children, Sahur & Iftaar.......

They will be accompanied by 3 grandchildren, Rahmah, Maghfirah & Jannah.......

They will leave after 30 days by Eid Airlines......

Treasure them and InsyaAllah you will be blessed.......

Marhaban ya Ramadhan!

May it brings a lot of Nur in our life~

Sabtu, 25 Jun 2011

Melakar Cinta Di Pintu Syurga....


Inilah sebuah episod dari perjalanan yang amat sukar untuk kujalani....
sesekali kita perlu derita untuk kita mengenal erti bahagia....
dengarlah bisikan nuraniku......
Selawat dan salam buatmu Amirul Ummah Rasulullah s.a.w...
kerana hijrah perjuanganmu aku dapat mengecap nikmat iman dan islam...
walaupun nikmat-nikmat tersebut tidaklah aku benar-benar sempurnakannya lagi..
Denyut perjuangan kita harus diteruskan bagai kubah-kubah istana Al-Hambra yang masih kekal bercahaya....
ambillah iktibar dari pengorbanan dan ketulusan Nabi Ibrahim ketika pembinaan Kaabah yang hinggakan Kota Mekah terus menjadi kunjungan seluruh ummah....
Semoga Nur KasihNYA terus menerangi teratak kehidupan kita...
Marilah kita sama-sama melakar cinta di pintu syurga.....