Rabu, 8 Disember 2010

Awal Muharram 1432 H.........


Assalamualaikum w.b.t.......

Alhamdulillah...hari ini, merupakan 2 Muharram 1432 H...
bersyukurlah kita semua ke hadrat-Nya kerana masih diberi ruang untuk bernafas di bumi-Nya.....

Semoga pada tahun baru ini, aku akan menjadi seorang yang lebih baik dan ikhlas dalam segala hal yang aku lakukan.
InsyaAllah.

Ahad, 5 Disember 2010

Cuti Semester 3........

Alhamdulillah...setelah berhempas pulas selama 2 minggu aku menduduki peperiksaan akhir untuk sem 3 ni... akhirnya,habis sudah paper-paper yg perlu dijawab..Ini bermaksud..........cuti sem sudah bermula....yuhoooo!!
Suka-suka jgak ea....tp,result tak dapat lagi....hehee.......


Last paper hari tu, 1 hb.....n then, aku balik seremban 3 hb...
sebelum balik 3 hb tu......aku, Huda, Anis dan Linda pergi jalan-jalan dulu sebelum balik ke negeri masing-masing...... mula-mula tu  bercadang nak pergi Muzium Terengganu skali lagi,tp....tak kesampaian....so, kami pergi la main bowling kat Astaka Complex.........lepas tu, kami melawat tapak expo sempena Monsoon Cup yang berdekatan dgn Astaka Complex...akhir sekali,macam biasa la..... kami ke Pasar Payang dulu, beli keropok lekor dan keropok kering untuk dibawa balik ke rumah masing-masing....... huhu.......

Alhamdulillah, masing-masing sudah sampai di rumah.....kirim salam kat keluarga korang semua k...
cuti ni, manfaatkan la dengan perkara yang berfaedah......
peringatan untuk semua kawan-kawanku sempena becuti nih : jangan nakal-nakal deh!!

jom lawan bowling.....

expo sempena Monsoon Cup


huda, model kereta..heee~

Khamis, 25 November 2010

Mood:Sem 3 Final Exam..................


kepada semua pelajar-pelajar UniSzA, terutama kawan-kawanku, geng Diploma Syariah (Fakulti Kontemporari Islam) aku mengucapkan  BITTAUFIQ WANNAJAH........jawab leklok deh....huhu...

Doakan kejayaan kita bersama, di dunia mahupun di akhirat...amin.........

Rabu, 17 November 2010

Salam Eiduladha 1431 H.......

Salam....

pada kesempatan ini, aku mengucapkan selamat hari raya eiduladha kepada kawan-kawan blogger sekalian....

ceh2.....skemanya ayat..hehe...hmm..selamat hari raya deh kawan-kawan semua....semoga kita semua dilimpahi rahmat dari-Nya sempena hari yang mulia ini....InsyaAllah...

sempena hari ini juga..genaplah umurku yang ke-19 tahun...terima kasih mama, papa...adik-adikku, dan semua kawan-kawan tercinta yang sentiasa menyokong aku dalam apa jua perkara yang aku lakukan sepanjang tahun ini.....doakan kejayaan aku dunia akhirat ea....amin....

p/s: baru sampai dari kampung (Melaka)..sambut raya kat sana...nenek ngan atuk buat korban tahun ni...yahoo..dapat tengok 5 ekor lembu kena sembelih tadi....



kampungku.....


nenek dan atuk kesayanganku......

salah satu lembu yang akan disembelih....


ammar dan pok long sedang melapah daging lembu.....


adik-adikku yang rajin menolong.....


papa dan ammar (tengah menyiat ekor lembu)



Rabu, 10 November 2010

Sha-Na-Na - Those Magic Changes (Lyrics)

Pagi.........
hmm,mcmna aku boleh terfikir nak letak lagu ni kat blog ni ea???
hehe...
sebenarnya,ini lagu kesukaan ma dan pa..rindu sngt kat mereka berdua.....ada banyak lagi lagu yang mereka berdua sama-sama suka, antaranya kumpulan Bee Gees, David Soul, ABBA, Gordon Lightfoot, The Three Degrees (When Will I See You Again)

lagu ni, masa diorang muda-muda dulu..diorang pun tak lahir lg masa lagu ni ada...lagu memang evergren gitu.....
selalu pasang lagu ni dalam kete kalau diorang nak pergi jalan jauh-jauh, smpai lisa pun da boleh hafal...
huhu..kalau korang dengar betul-betul, penyanyi ni nyanyi satu nafas je dari permulaan hingga ke akhir lagu ni...fuiyyooo...tak percaya?? dengaq sndri noh...hehe...

ada sesiapa yang suka lagu ni jgak ke???

Selasa, 9 November 2010

Renungan Buat Remaja.....


"Janganlah kamu bimbang andai kamu belum berpasangan,

tetapi bimbanglah andai Imanmu akan berkurangan....

Janganlah kamu bimbang andai kamu tidak rupawan,

tetapi bimbanglah andai Akhlakmu murahan....

Kejarlah & carilah Cinta Allah...

nescaya andai kamu perolehinya,

seluruh makhluk akan menyayangimu"

Jumaat, 5 November 2010

Agungnya Cinta Allah......

      

Di saat-saat resah, 

Al-Quran lah penawar paling mujarab

kerana Al-Quran adalah penawar cinta dari Pencipta.

Allah merupakan kekasih yang paling memahami.

Dialah Raja segala cinta,

kerana Dialah sebenarnya Pencipta cinta.

Lihatlah, hanya dengan satu sifat cintaNya yang dilontar ke bumi,

berkasih sayanglah semua makhlukNya, hatta haiwan sekalipun.

Bayangkanlah 99 lagi sifat cinta yang masih bersamaNya ...



SUBHANALLAH.......Agungnya cinta Illahi....

Sabtu, 30 Oktober 2010

Air ditemui di planet Marikh...





Air ditemui di planet Marikh

kawasan berbatu-bata di Planet Marikh yang dirakamkan kenderaan penjelajah Rover.

________________________________________


WASHINGTON - Saintis-saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menemui bukti terbaru mengenai kemungkinan terdapat hidupan di planet Marikh, lapor sebuah akhbar semalam.

Para penyelidik NASA kini percaya bahawa persekitaran Marikh mampu menyokong kehidupan selepas air ditemui dalam bentuk cecair di planet merah berkenaan.

Penemuan itu dibuat kenderaan penjelajah Marikh, Rover Spirit selepas tayarnya terjelus ke bawah permukaan Marikh yang basah pada April lepas.

"Jika terdapat air dalam bentuk cecair pastinya terdapat kehidupan," kata seorang saintis berkenaan, Ray Arvidson dari Universiti Washington di St Louis.

Penemuan kali ini merupakan petanda pertama bahawa air dalam bentuk cecair wujud di Marikh sejak beberapa ribu tahun dahulu.

Kajian terbaru NASA itu dilaporkan dalam Journal of Geophysical Research.

Ia menyatakan bahawa cecair terbentuk daripada salji yang mencair dan meresap ke bawah tanah dan tidak meninggalkan kesan di permukaan Marikh yang kontang.

Air tersebut mengandungi beberapa garam galian termasuk hematit, silika dan gipsum.


p/s: sebenarnya isu ni, kluar tahun lepas, tp aku baru tahu, so, aku postkan la kat blog aku......... hehe...kepada yang da tau..minta maaf la deh.....=)

Isnin, 25 Oktober 2010

Kejohanan Tennis Terbuka UniSZA....








Pada 23 Oktober 2010,
Ko-Tennis UniSZA,telah mengadakan satu kejohanan tennis terbuka yang disertai oleh kami yang merupakan ahli kelab tennis dan juga orang-orang luar seperti pelajar UMT dan ada jugak kanak-kanak yang ingin turut serta dalam kejohanan ini...

Bermula sekitar jam 9 pagi sehinggalah jam 4 ptg....
Aku dan kak anis merupakan satu team...huhu..
mula-mula aku dan dia saje je ingin mencuba...tetapi, x sangka pulak kami sampai ke peringkat final....alhamdulillah...hehe..

Keputusannya..kami mendapat naib johan...fuhh...mcm x percaya je..huhu...tp,itu la kulit masing-masing da jadi gelap semacam..hangat betul cuaca tengah hari tu...hmmmmm...=(

to kak anis...untuk masa yg akn datang,kita akan cuba jadi juara pulak ea....hehe...
insyaAllah.....

Khamis, 21 Oktober 2010

Menyingkap Kecerdikan Imam Shafie


Ketika kanak-kanak sebayanya sering menghabiskan masa dengan bermain, Imam Shafie pula memperuntukkan banyak masanya untuk menghafaz dan menuntut ilmu. Beliau yang mempunyai ketajaman akal dan kecerdikan yang luar biasa ini telah menghafaz Al-Quran ketika berumur 9 tahun. Setahun kemudian pula, beliau menghafal kitab ‘Muwatta’’ karangan Imam Malik.

Melihat keluarbiasaan ini, pernah seorang bertanya kepada Imam Shafie, bagaimana cara beliau menuntut ilmu. Beliau menjawab: “Bagaikan seorang perempuan yang kehilangan anak.

Sedangkan dia tidak mempunyai anak selain dari yang hilang itu.” Begitulah kecintaan anak kelahiran Mesir ini pada ilmu. Kepapaan dalam hidupnya bukanlah penghalang beliau untuk tidak menuntut ilmu. Ayahnya telah meninggal sebelum beliau dilahirkan. Beliau sering mengikut ibunya setiap kali ada majlis ilmu. Ibunya yang tegas dengan hukum hakam sering mendidik beliau perkara halal, haram dan subahat sekalipun dalam soal pengambilan sebarang makanan. Dengan berkat penjagaan ini, Imam Shafie dianugerahkan Allah daya ingatan yang luar biasa. Disebabkan kehidupannya yang serba daif, Imam Shafie sering menggunakan tulang-tulang kering dan kertas-kertas bekas sebagai buku catatan.


Bertahun-tahun lamanya sehingga bilik beliau penuh sesak dengan bahan-bahan bertulis itu hingga tiada ruang untuk melunjurkan kakinya. Akhirnya beliau pun mengambil keputusan untuk menghafal keseluruhan nota-nota itu. Berbulan-bulan lamanya Imam Shafie mengurung diri demi menghafal segala ilmu yang ditulis. Tulang-tulang itu kemudiannya dibuang setelah beliau menghafalnya. Setelah itu, buat pertama kalinya Imam Shafie mengembara ke Madinah untuk meluaskan ilmu. Setelah selesai solat di masjid Nabi itu, beliau terpandang ada seorang tua yang sangat hebat rupanya. Orang tua tersebut sedang bersyarah di hadapan anak-anak muda yang khusyuk pula mendengarnya. Orang itu ialah Imam Malik yang sedang mengajar murid-muridnya tentang hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Dengan langkah yang tertib, Imam Shafie pun menuju ke tempat Imam Malik dan duduk bersama murid-murid. Imam Shafie pun mengambil sebatang lidi lalu membasahkannya dengan air liur. Beliau menulis segala apa yang diajar oleh guru itu di atas tapak tangannya. Tanpa di sedari, Imam Malik memerhati segala tingkah lakunya.


Selesai pengajian, Imam Malik pun memanggil Imam Shafie untuk menegur beliau. Sangkanya Imam Shafie berbuat perkara kurang sopan ketika belajar. Jawab Imam Shafie, “Maaf tuan. Sebenarnya saya tidak bermain-main. Oleh kerana saya tidak ada kertas, segala yang tuan ajar saya tulis di atas tapak tangan saya untuk menghafalnya.” Apabila Imam Malik membelek-belek tangan Imam Shafie, beliau tidak menjumpai sebarang tulisan pun. “Tetapi kenapa tapak tangan engkau ni kosong sahaja.” “Namun demikian tuan, saya telah pun menghafal semua hadis-hadis yang tuan riwayatkan itu.” Setelah disuruh beliau membaca apa yang dihafalnya, Imam Malik mendapati tidak ada satu hadis yang tinggal daripada 20 hadis yang diajar hari itu. Perkara yang aneh ini belum pernah terjadi sebelumnya. Semenjak peristiwa itu, Imam Shafie menetap di sana sebagai tetamu Imam Malik yang begitu tertarik hati dengan kebijaksanaannya. Selama 18 bulan Imam Shafie berguru dengan Imam Malik. Hatinya yang terang memudahkan beliau memahami dan menghafal kitab ‘Muwatta’.

Murid kesayangan Imam Malik ini sering diberi penghormatan bersyarah dan mengajar murid-murid yang lain. Beberapa lama kemudian, Imam Shafie meminta izin kepada Imam Malik untuk menuntut ilmu di Kufah. Di bandar Kufah ini, beliau bertemu Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad bin Al-Hassan. Dengan pergaulan yang rapat itu, Imam Shafie dapat mencedok ilmu daripadanya. Kemudian beliau mengembara pula ke Palestin. Pengembaraan ini berlaku selama bertahun-tahun kerana ketika itu kenderaannya adalah unta. Rasa rindu untuk bertemu dengan Imam Malik mendorong Imam Shafie kembali ke Madinah. Di Madinah beliau diberi penghormatan oleh Imam Malik untuk memberi syarahan di masjid. Sehinggalah Imam Malik meninggal dunia. Semenjak itu nama Imam Shafie semakin terkenal. Kealiman, kecergasan dan akhlaknya semakin disukai ramai. Walaupun begitu, musuh yang ingin namanya tercemar ada di mana-mana. Beliau difitnah kononnya memimpin kaum Syiah untuk menentang Khalifah Harun Al-Rasyid. Beliau kemudiannya ditangkap bersama-sama puak Syiah yang lain.

Berkat kealiman dan kefasihannya menjawab segala soalan, Imam Syafie bebas daripada sebarang tuduhan. Malah Khalifah memberikan hadiah sebanyak 1000 dinar kepadanya. Dengan wang itu, Imam Shafie menyedekahkan kepada pegawai-pegawai istana dan orang miskin. Pernah berlaku satu kejadian yang membuktikan kehebatan Imam Shafie. Ketika itu beliau bertamu ke rumah Imam Ahmad bin Hambal dan bermalam di sana. Apabila Imam Ahmad bertanya adakah beliau selesa bermalam di rumah itu, Imam Shafie menjawab; “Belum pernah saya merasa gembira seperti malam tadi. Semalam saya dapat menyelesaikan 100 masalah sambil berbaring.” Imam Ahmad pun memberitahu anaknya; “Begitulah keadaan Imam Shafie. Apa yang dikerjakan Imam Shafie lebih berguna daripada apa yang kita lakukan kerana ia berbuat untuk kepentingan umum.” Seperkara yang menarik dalam kehidupan Imam Shafie ialah tentang ibunya.

Setelah bertahun-tahun lamanya meninggalkan tanah air, terdetik rasa rindu untuk pulang ke Mekah. Beliau pun meninggalkan kota Madinah dengan membawa berbagai khazanah yang berupa kuda, pakaian, emas serta makanan. Harta benda ini semua adalah hadiah orang kepadanya. Hendak ditinggalkan bimbang ada pula yang berkecil hati. Ketika Imam Shafie tiba di halaman rumahnya, ibu serta beberapa orang kampung telah sedia menunggu. Demi melihat harta benda yang terlalu banyak itu, ibu beliau terus bermuram durja. Fahamlah beliau, ibunya kurang senang melihat harta benda itu. Segera Imam Shafie meminta pandangan ibunya. “Agihkanlah segala harta ini kepada orang-orang yang lapar. Berikanlah haiwan-haiwan kepada orang yang tidak berkenderaan, wangmu berikan kepada orang-orang miskin sehingga tiada sebutir dinar yang tinggal.” Maksud ibunya berbuat demikian, supaya Imam Shafie tidak bergantung hidup pada hartanya tetapi menyimpan bekalan yang kekal iaitu ilmu di dada.

Dengan kebolehan menghafal Al-Quran, hadis, faham pula dua bentuk aliran fikah, (aliran yang bersandarkan fikiran dan Ahlul hadis) dan sikapnya yang hidup zuhud, Imam Shafie menjadi rujukan umat di zamannya. Beliau telah menghasilkan satu bentuk ilmu fekah yang berada di tengah-tengah dua aliran tadi. Namun tetap beliau berkata, “Apa-apa yang kamu dapati daripada pendapatku yang bertentangan dengan al-Quran dan sunnah, maka tinggalkanlah!”.

Selasa, 19 Oktober 2010

Pesanan Rasulullah S.A.W sebelum tidur...


Assalamualaikum... Untuk manfa'at bersama teman2........


Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara , yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an ,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir ,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu ,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrohmaanirrohiim , Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )
Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku , maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrohmaanirrohiim , Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )
Dan , perbanyaklah bertasbih , bertahmid , bertahlil , bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Bismillaahirrohmaanirrohiim , Subhanalloohi Walh amd ulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.

* Kalau rajin..Tolong sebarkan ^_^

Selasa, 21 September 2010

Anak Murid Kesayangan...........


Seorang guru sangat mengasihi seorang anak muridnya berbanding yang lain, sehingga murid-murid yang lain begitu cemburu.


Mereka yang cemburu itu menuduh guru itu pilih kasih, tidak adil dan sebagainya. Ini menyebabkan guru itu mencari jalan bagaimana hendak menjelaskan kenapa dia bersikap demikian.

Suatu hari guru itu memberikan seekor ayam kepada setiap seorang anak muridnya. Dia menyuruh setiap oang menyembelih ayam itu di tempat yang tidak dapat dilihat oleh sesiapa.

Tidak lama kemudian, semua anak murid pulang, masing-masing dengan ayam yang telah disembelih di tangan. Ada yang menyembelihnya di dalam hutan, di sebalik batu dan di tempat-tempat lain yang tidak dapat dilihat orang.

Namun, anak murid yang dikasihi oleh guru tadi pulang agak lewat. Dan ditangannya ayam itu masih hidup, yakni belum disembelih.

"Adakah kamu gagal menyembelih ayam ini?" tanya guru.

"Saya tidak dapat menemui tempat yang tidak dapat dilihat sesiapa."

"Maksud kamu?"

"Di mana pun saya pergi Allah sentiasa melihat,"ujar anak murid kesayangan guru ini.

Mendengar jawapan dan melihat sikap itu, tahulah anak-anak murid yang lain mengapa guru mereka sayangkan rakan mereka itu......

Selasa, 14 September 2010

Salam Lebaran.........



hmmm....
kalau nak diikutkan banyak yang den nak bercerito kat sini haa...
tp,line internet tak berapo nak clear...
hmmm...apo nak buat??

[Full MV] FT Island - 사랑후애

Isnin, 6 September 2010

Miss U..............


Tatkala hati teringat sahabatku,

terfikir di minda adakah aku juga ada dalam hati kalian??

tatkala hati rindukan sahabatku,

terfikir di minda adakah aku juga dirindui??

tatkala kaki berat untuk melangkah pergi,

hati tertanya adakah kamu ingin bersamaku lagi??

mengapa rindu benar aku pada kalian??

moga doaku diterima agar aku tidak akan kehilangan sahabat seperti kalian.......

Khamis, 2 September 2010

Seindah-indah Mimpi??


Seindah-indah mimpi sedarlah ia hanya suatu fantasi........

tetapi,

sepahit-pahit kehidupan

namun itulah realiti.........

Manusia sering memilih keindahan

tanpa...

menyedari disebalik kepahitan itulah

tersembunyi kemanisan......

Belajarlah mencari kemanisan dari kepahitan....

kerana di situlah terletak ERTI kehidupan........

SOFAZ-DAN BILA ESOK


Lagu untuk Anis,Linda dan Huda yang suka sangat lagu ni......=)

Rabu, 25 Ogos 2010

Aku, Nani & Kuda.....






Petang semalam, Nani ajak aku teman dia pergi praktis tunggang kuda........
huhu...bestnya!!!

Dalam pkul 5:30 ptg...kami pergi kat tempat equestrian tu.....
Nani bawak aku naik motor....tempat menunggang kuda tu kat belakang UMT jer....

Sampai jer..Nani pergi jumpa cikgu dia...uish...lupa pulak nak tanya pe nama cikgu dia td...x mesra alam langsung aku..hehe...segan la sebenarnya....=)

Lepas tu, Nani pun siap-siap la dengan apa yang patut dipakai sebelum dia nak 'riding the horse' tu...hehe..aku plak yang excited time tu......

Waaa...aku tabik spring la Nani..baru praktis 30 minit..dah pandai..cikgu sendiri yang puji dia td...caiiiyaaa la!!!

Aku pulak sementara tunggu dia 'riding the horse', aku pun beramah mesra la dengan kuda-kuda di situ...huahuahua.....sebenarnya nak pegang kuda pun den takut....huhu..

Apa-apa pun..ini merupakan satu lagi pengalaman baru yang dapat aku kutip sementara aku masih belajar di UniSZA, Terengganu ni( walaupun bukan aku yang tunggang kuda tersebut)...hehe....
anyway, thanks sangat kat Nani cOz ajak aku teman dia pergi sana semalam....=p

Sabtu, 14 Ogos 2010

Aku & Kawan-Kawan Tercinta Berbuka Puasa....




Malam semalam, aku , anis, linda, huda n ct berbuka puasa di luar..huhu..
Alhamdulillah..makanan di restoran Husna sedap-sedap belaka.......

nak tau x kat mana Restoran Husna???
ala...dekat je kat belakang UniSZA tu......

Harganya pun bley tahan..x berapa mahal n x berapa murah,tengah-tengah je..
hehe....

Menu yang kami order seperti udang n sotong goreng celup tepung, tomyam campur, kailan ikan masin n daging masak merah..haa,satu lagi laicikang....
fuuhhhhh, konyang den.......huhu....

Lain kali kita pergi lagi ye kawan-kawan....................=)

Nak dijadikan cerita my akk housemate pun berbuka di luar jgak, di Ri-yaz Heritage Resort...n then trus pergi solat terawih kat masjid kristal....so...sorry..lisa da janji dgn member dulu nak berbuka dgn diorang....,tapi kak eda ada bwak something drpd Ri-Yaz untuk lisa..'pretzel'...huhu..tq akak, lain kali kak eda bwak lisa plak ok....hehe..

Rabu, 11 Ogos 2010

Saya Rela Jadi Isteri Kedua Awak....


Saya Rela Jadi Isteri Kedua Awak..

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.

Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut.

Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.

Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.

"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Syazni tersenyum.

Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.

Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"PERJUANGAN, " jawab Syazni.

(tq,Fiqa)

Renugkanlah Sedalam-Dalamnya...


Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "



`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Salam Ramadhan...


Alhamdulillah..hari ni merupakan pagi 1 Ramadhan 1431H..
Aku ucapkan Selamat menunaikan ibadah puasa sepanjang bulan mulia ini.....
Semoga kita diredhai dan dilimpahkan rahmat oleh Allah....
InsyaAllah...

Kepada Housemate terchenta(kak eda, sarah, jannah, kak ila, amy, zati, kak yad ,kak mun dan mahirah) ...semoga misi kita berjaya dengan jayanya sempena bulan Ramadhan ini..ok..hehe....

Jumaat, 30 Julai 2010

Saat Ini......


Saat hati disapa salju ketenangan......

Akal mula memberi bayangan....

Diri ini tidak keseorangan....

Saat lafaz rindu dialunkan..

Aku terkedu seketika...

Mampukah perasaan ini ditunda dan disimpan tanpa diterjemahkan...

Benar,rindu itu fitrah insani..

Hadirnya tidak dapat dilihat...

Tapi rindu itu dapat dirasai...

Oh hati yang ditautkan ukhwah kerana-NYA.......

Dan,

Benar.......diri ini terlalu merinduimu......

(khas untuk Kautsar,Kak Ekin,Puteri,Aaishah,Hawa,Nabila,Fira,Kak Ida,Teyah,Ana,Nad,Iqa,Zakiah,Opie,Shue,Pqa,Yam,Daya)

SeLaMaT pEnGaNtiN BaRu!!!!!

aku dan ifah(bergmbar kat atas pelamin tu..hehe)

aku, huda dan adik kak yuni(yuzi)

aku dan kak yuni

Semoga berbahagia dan kekal selamanya.....kepada akak yuni dan abg saiful...

semalam,first time aku pergi rumah orang kahwin di Terengganu ni....
hehe.....

Balik kelas jer semalam dalam pukul 12 tgh hari...aku,huda dengan ifah pergi rumah kak yuni..nak makan nasi orang kawen sebenarnya,(lapo)...huhu....
akad nikahnya malam sebelumnya,tapi kitaorang semua ada kelas malam..so, tak dapat la pergi..... sorry ye,kak yuni...=)

Secara keseluruhannya,meriah jugak la walaupun diraikan secara kecil-kecilan..

Rombongan pengantin lelaki sampai dalam lebih kurang pkul 2:00 tgh hari..dengan temanya berbaju warna kuning emas....

Sesampai jer kitaorang kat rumah akak yuni,mula-mula rasa segan nk makan nasi..hehe..
jd,kitaorang bersalam-salaman dulu dengan mak cik2 yang ada kat dalam rumah masa tu...and then trus jer trun bawah makan nasi....haha...dua kali tambah...segan giler..lapar punya pasal masing-masing bru abis kelas..x makan lagi..jd kita melantak abis-abis...hehe....

Hmm...kepada akak yuni and her husband (abg saiful) semoga berbahagia ke akhir hayat hendaknya.....insyaAllah.....Selamat Pengantin Baru!!

Khamis, 15 Julai 2010

Semester Tiga Sudah Bermula...


Sudah seminggu lebih rasanya aku ada di UniSZA ni...
hmm....rasanya macam x bersemangat je bukak sem ni..x tau knapa???
kok bisa begini??runsing btul aku...
aku rasa maybe lama sangat bercuti di rumah sem lepas...sebab tu jadi macam ni,lagipun kena 'take time' sesuaikan diri aku ni kat asrama baru..blok f..nasib baik tingkat satu...hehe...
kuliah pulak..ada yang lecterur masuk,ada yang tidak..
so,far x berapa banyak lagi assingment dan tugasan yang diberi...insyaAllah..banyak la nanti tu..huhu..=)

sem ni,insyAllah..aku amik muet...so,kena kerja kuat ckit untuk semester ni...x nak tido jer..kena kurangkan ckit tido ni..hehe...

Apa-apa pun...semoga aku menjadi yang lebih baik dalam beribadah,sikap yang lebih baik, pembelajaran, ukhuwah sesama sendiri dan sebagainya dari semester-semester yang lepas....amin...

ChaiyOok!!!!!!!!!

Rabu, 7 Julai 2010

Sesungguhnya.....


Salam..

sejak kebelakangan ini,aku teringatkan arwah atuk aku Shahbudin..

rasanya belum sampai setahun lg pemergian arwah...

Aku amat sayangkan dirinya...teringat waktu aku kecik-kecik dulu,dia selalu memanggil aku dengan gelaran along@'yuyun'....

Atuk telah menghembuskan nafas terakhirnya di rumah keluargaku sendiri tanggal bulan 10 yang lepas...waktu itu,aku ingat lagi..sedang aku habis solat isya' di asramaku..
adikku menelefon aku dan dari suaranya yang kedengaran cukup sedih itu memberitahaku tentang peninggalan arwah...

Mamaku,memberitahuku tentang bagaimana dia terjatuh di bilik air dan terus tidak sedarkan diri..aku sungguh sedih...
teringat lagi aku tidur di sebelahnya..dan dia tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana tidurku yang lasak..esok paginya baru dia bgtau aku dan kembali tidur semula,aku hanya ketawa geli hati,'kesian atuk'=).........
Aku ingat lg,atukku ini suka sangat menelefon dan menghantar mesej kepadaku..
jika aku tidak membalasnya dia akan menelefonku kembali dan kembali..dan dia berkata kepadaku.."long,kenapa tak angkat tepon,penat atuk call" ataupun "long,kenapa x jawab sms atuk,penat atuk taip"...begitulah ayatnya..walaupun begitu,aku senang dengan caranya..terlalu ambil berat terhadap cucu-cucunya....
Aku ingat lagi betapa lemahnya dia,betapa kurusnya dia sebelum aku pulang cuti semester pertama....tetapi,aku tidak menyangka selepas aku pulang ke kampusku dari cuti semester,atukku pergi menghadap Illahi.....walau apapun,aku sempat menatap arwah selepas pak cik Nordin,kawan papa menjemputku dikampusku Terengganu,terus pulang ke Jerantut dan sampai selepas azan Zohor esoknya...waktu itu,arwah baru sahaja hendak dikebumikan...

dan aku akan selalu berdoa agar rohnya sentiasa bersama dengan orang-orang yang beriman..amin...

Aku percaya akan qada' dan qadar bahawa jodoh pertemuan, ajal maut semua ketentuan dari-Nya...aku redha akan pemergiannya........
[Al-Fatihah]

Khamis, 1 Julai 2010

Khabarkan Pada Muslimah Itu........




Khabarkan pada muslimah
itu,
dirinya ibarat kaca: disentuh terguris,dihantuk serpih,dihempap berkecai...

Pesankan pada muslimah
itu,
jaga tutur kata: cakap tinggi nnti dibenci,terlalu rendah dipijak pula,cakap sombong mengundang lawan,hati-hati meluah kata,kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa....

Ingatkan pada muslimah
itu,
jaga tingkah laku: harga diri letaknya disitu,jangan meluru ikut telunjuk nafsu,sesekali tersilap langkah ,akan dihukum selamanya,keturunan dicerca payah,menyesal kemudian bukan faedah....

Beritahu pada muslimah
itu,
jaga pakaian: ia cermin peribadi,juga lambang bangsa,dimana dan dalam keadaan macam manapun,biar Orang kenal Dia Orang ISLAM....

Sampaikan pada muslimah
itu,
simpan secebis malu,kerana malu itu sebahagian dari iman........

(pesanan seseorang yang bernama sahabat..syukran Kautsar Izzati)

Isnin, 14 Jun 2010

Le tOuR dE LaNgKaWi...............

Pada 10/6/2010 sehingga 13/6/2010..aku telah menjejaki Pulau Langkawi..yahoooooo!!!
Macam-macam tempat aku pi sana antaranya Makam Mahsuri,Beras Terbakar,Cable Car dan macam-macam lagi la..........hehe...
Jadi kepada sesiapa yang tidak pernah lagi berkunjung ke Pulau Langkawi, mai la pakat ramai-ramai kita pi Langkawi noh.....=)

Di KILANG GAMAT.......




Di MAKAM MAHSURI....


Di BERAS TEBAKAR.....


Di CABLE CAR......(SORRY3..gmbr x berapa nk nmpak sangat..hehe..)


Kesimpulannya...ini merupakan satu pengalamn bercuti yang cukup menyeronokkan bersama keluarga tercinta dan saudara-saudara terdekat....
InsyaALLAH..lain kali kita pergi tempat lain pulak....huhu...=)

Khamis, 3 Jun 2010

SYUKUR......


Salam....
Alhamdulillah,akhirnya result untuk final semester 2 sudah keluar pada hari Isnin hari tu, kalau tak silap la...
Syukur ke hadrat-Nya...keputusan aku pada kali ini agak memuaskan walaupun belum sampai 'dekan' lagi...huhu....
Kepada semua kawan-kawanku,aku ucapkan tahniah pada korang semua..........
InsyaAllah..untuk semester 3 yang akan datang..kita semua akan berusaha dengan lebih gigih lagi...ok....=)