Selasa, 18 Mei 2010

Baiknya Diam...............



Banyak kelebihannnya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam, kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian...

Nabi s.a.w. bersabda: "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senag atas tubuh, ialah diam dan baik perangainya." (Riwayat Ibnu Abiiunya dari Shafwan bin Salim)
Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang. Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik, baginda menjawab: "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan, tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a., pembantu rumah tangga Nabi SAW berkata: "Aku membantu rumah tangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh "Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur, kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini?" (Riwayat Ahmad)
Ingatlah kepada sabda Nabi SAW: "Seorang Mukmim bukanlah pengumpat,yang suka mengutuk,yang keji dan yang ucapannya kotor." (Riwayat Bukhari)

Mengenali Makhluk Allah.......


QARIN

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia.
Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan
ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri.Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali.
Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan.
Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya.
Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utus malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah untuk kita membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang islam mamu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Qarin akan berpisah dengan "kembarnya" hanya apabila manusia meninngal dunia. Roh manusia akan di tempatkan di alam barzakh sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

-petikan dari buku "MEGENALI MAKHLUK ALLAH BERGELAR JIN HAKIKAT DAN PENGUBATAN..
dari DATO' HJ. ISMAIL KAMUS
ms/9.

Doa Bulan Rejab



"Ya Allah,berkatilah kami
pada bulan Rejab dan Syaaban serta
sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.
Aku bermohon keampunan Allah Yang Maha Agung
dan tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Hidup,
Yang Berdiri Sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya.
Ya Allah, Engkau-lah Tuhanku, tidak ada tuhan yang patut disembah
kecuali Engkau yang mencipta aku.
Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu.
Aku dalam perjanjian(beriman dan taat) kepada-Mu
sekadar kemampuan yang ada padaku.
Aku mengakui atas nikmat yang Engkau berikan kepadaku
dan mengakui dosa-dosaku.
Kerana itu aku memohon keampunan-Mu
dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau, ya Allah."

Jumaat, 14 Mei 2010

Pesanan sahabatku untuk sahabat-sahabatnya...


Sebelum matamu terlelap dari kesibukan dunia,ingatlah Tuhanmu..
yang menjadikan siangmu diwarnai dengan cabaran sebagai tarbiyah dariNYA........
yang menjadikan malammu indah dengan cinta ,kasih-sayang dariNYA....
alunkan alunan zikrullah, basahkan lidahmu dengan rentak kalamullah...
moga kita menjadi pengemis cinta ilahi..perindu syahid sejati....=)

Jumaat, 7 Mei 2010

JuMpa LaGi NnTi ea!!!!




InsyaAllah..aku akan jumpa korang-korang semua naik sem 3 nanti ea....
hehe.....rindu kat korang...