Ahad, 10 Mac 2013

Program Bakti Siswa 2013

Assalammualaikum....

Hmm,da lama rasanya lisa tak menulis disini, hehe..
baru sekarang ni la lisa rasa ada modal sikit nak menulis di blog ni..huahua..

Pada minggu lepas 28-3 hb Mac, aku telah mengikuti suatu program anjuran Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan (PEMANIS) yang bertempat di Felda Palong 1, Gemas. Program ini dinamakan Bakti Siswa, yang mana banyak aktiviti dijalankan antaranya sukan rakyat, rewang bersama penduduk Palong 1, kenduri, penyerahan anak angkat dan macam-macam lagi.

Yang syoknya, aku pergi program ni siap cakap nogori yang x tahan tu sepanjang ada di sana..al-maklumlah den ni bukan la pure orang nogori, tapi sampai sana jer, automatik bahaso nogori, den bole cakap..fuhhh, raso den ni macam anok nogori botul la..hohoho..
Kesimpulannya, sepanjang mengikuti program ini, aku dapat banyak pengalaman yang tak dapat dilupakan, berkenalan dengan orang baru, tahu cara hidup orang lain, hormat orang tua, kerjasama sesama kita, dan banyak lagi perkara yang aku pelajari semasa di sana.


Jadi, inilah al-kisahnya setakat yang den dapat tulis hari ini..raso tak dayo dah nak menulis berjela-jela...hehe..

p:s/ yang sebenarnya den malas nak menulis panjang-panjang...hehe

penyerahan anak angkat

kami dan warga felda palong 1

rewang-merewang...hehe

poco-poco

akak-akak yang main bola jaring

den bersamo adik-adik form 3 and form 5

den tak main bola jaring, dok sokong je...hehe

solat jemaah sesama...

makan kenduri la kiter...

ni dok main bola tampar..

gotong-royong

sukan rakyat...

adik-adik yang supporting sngt...

kami yang baru sampai negeri sembilan..

peace yoo...

1 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam