Sabtu, 3 Disember 2011

Thank You....


Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain,
kecuali orang-orang  yang berdasarkan taqwa.
(az-zukhruf :67) 

teman, aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq, 
persahabatan dijalin kerana al-khaliq,
harta dikorban bukan sedikit,
cintakan kebenaran, sanggup bersakit...

aku ingin persahabatan indah,
bisa menjadi syafaat di mahkamah masyar nanti...
InsyaAllah.....

Isnin, 5 September 2011

Selamat Hari Raya.....


Sebening air wudhu', 

sesuci al-Quran,

semerdu alunan zikir, 

seindah solat lima waktu,

setenang hati yang tiada rasa benci dan dendam,

jika tangan tak sempat berjabat, 

bukalah pintu maaf untukku......

SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN.....

Isnin, 1 Ogos 2011

Marhaban ya Ramadhan!


Ramadhan is coming with his wife Barakah and two children, Sahur & Iftaar.......

They will be accompanied by 3 grandchildren, Rahmah, Maghfirah & Jannah.......

They will leave after 30 days by Eid Airlines......

Treasure them and InsyaAllah you will be blessed.......

Marhaban ya Ramadhan!

May it brings a lot of Nur in our life~

Sabtu, 25 Jun 2011

Melakar Cinta Di Pintu Syurga....


Inilah sebuah episod dari perjalanan yang amat sukar untuk kujalani....
sesekali kita perlu derita untuk kita mengenal erti bahagia....
dengarlah bisikan nuraniku......
Selawat dan salam buatmu Amirul Ummah Rasulullah s.a.w...
kerana hijrah perjuanganmu aku dapat mengecap nikmat iman dan islam...
walaupun nikmat-nikmat tersebut tidaklah aku benar-benar sempurnakannya lagi..
Denyut perjuangan kita harus diteruskan bagai kubah-kubah istana Al-Hambra yang masih kekal bercahaya....
ambillah iktibar dari pengorbanan dan ketulusan Nabi Ibrahim ketika pembinaan Kaabah yang hinggakan Kota Mekah terus menjadi kunjungan seluruh ummah....
Semoga Nur KasihNYA terus menerangi teratak kehidupan kita...
Marilah kita sama-sama melakar cinta di pintu syurga.....

Selasa, 17 Mei 2011

Badminton???

Assalammualaikum...
hari ni aku hnya nak letak gmbar adik-adik aku dan cite sket2 pasal diorang yang suka sangat main badminton...
dua budak kecik itu je la hero-hero keluarga kami....
minggu lepas diorang pergi kem bakat badminton peringkat negeri yang diketuai oleh Datuk Misbun sendiri...
banyak la juga ilmu tentang permainan badminton yang diorang dapat melalui kem ni, seperti cara pemakanan atlet yang betul, cara pukulan dan sebagainya.....
adik-adik aku dan semua peserta lain ditempatkan di asrama kerana kem tersebut dianjurkan selama 3 hari 2 malam...


begitulah al-kisahnya....hehe~

hari pendaftaran
taklimat selepas pendaftaran
asrama mereka
sejuk hati ma & pa nengok nye..hehe
ceramah dngn jurulatih misbun
praktikal
ececceh..abg n adik suka sngat ler tu dpt brgmbr ngan idolanyer..
abg n adik bgmbar ngan salah sorang ank misbun

p/s: selamat hari guru untuk guru-guru semua!!!!!

Selasa, 10 Mei 2011

Duri-duri yang mencengkam leluhur daging...


Perjuangan itu ibarat ranjau bertatah duri-duri yang mencengkam leluhur daging,

Ditariknya terasa sakit,

ditolaknya menjadi nanah,

Tetapi, bagi seorang pejuang....

kesakitan itu ibarat tiupan lembut angin dari Jannah dan tegukan air, penyejuk tekak di padang pasir....


' Tinggalkanlah rasa duka semampumu........kerana memikul beban duka boleh membuatmu gila.

  Kelmarin Tuhan telah menolongmu.

  Percayalah, esok pun Dia masih akan tetap menolongmu....' ( Imam Syafi'e)


Love U Ma!!!




sebenarnya......setiap hari adalah merupakan hari ibu......
betul tak????
hehe....

Khamis, 14 April 2011

Barbeku di Pantai Tok Jembal....

assalammualaikum..
khamis minggu lepas,kitorg buat barbeku di pantai tok jembal bersama dengan lecturer yang paling sempoi...iaitu,en hafis bersama ngan kamera dslnyer....huhu...
dan di bawah ini,gmbar lecturer and budak-budak  kelas politik aq:




cuba teka,siapakah saya??
powerpuff girl's.....
my bf n my dear sis ila......
lalalala....
wani n zu (apple)...
kita bako jer!!!
mereka membako....
chef-chef......
kitorg wat air je..hehe....
cedapnyerrr.....
kami....kami...kami......

Khamis, 7 April 2011

Tasik UniSZA......

Assalammualaikum.....


hmm.....sebenarnya,seminggu yg lepas unisza ni nampak mcm tasik...
aku baru ter-post entry ni..hehe..
kenapa unisza nampak  mcm tasik??even, unisza sendiri memang da ada tasik??
sebab seminggu yg lepas hujan.....so,banjir la ckit...itu yg nmpak mcm tasik je...
da tak nak cite panjang-panjang da...biar gmbar yang di bawah berbicara....kih..kih..kih...

Hadapan Asrama Kami

Koridor Asrama Kami

Sekitar Unisza


Aku

Huda


Selasa, 15 Mac 2011

Aku.............


Aku memandang persahabatan itu sesuatu yang amat indah.......
tak dapat digambarkan dengan kata-kata ....
hanya hati dan memori indah bersama yang dapat menggembirakan keindahan sebuah jalinan yang dikatakan sebagai persahabatan....

namun.....
aku juga memandang persahabatan itu sesuatu yang amat berharga...
jika lahirnya dari ketulusan dan keikhlasan hati....
dan bukan hanya untuk berkongsi kegembiraan....
malah sentiasa bersama dalam kedukaanya...
barulah persahabatan itu terasa amat bermakna........

Selasa, 8 Mac 2011

Header Oh Header.....

Assalammualaikum......

dua tiga hari ni aku merajinkan diri untuk meng-edit header aku....
hehe...
ini semua sebab kak ila la..asyik-asyik edit dia pnye gambar kat adobe la photoscape la...
jadi,aku pun cuba la edit2 aku pnye gambar sendiri mana yang patut...
maka........terjadilah mcm atas tu........=)
amacam???ok kan???

Selasa, 1 Mac 2011

Jalan-Jalan......

Assalammualaikum.....

Alhamdulillah...tetiba rajin pulak nak menge-post entry kali ni...hehe...

Hari Sabtu yang lepas....aku dan kawan-kawan pergi ke jom heboh yg terletak di dataran Syahbandar..

tak der pape sangat pun kat sana.....ptg tu pulak cuaca panas sangat,siap berpayung lagi tuh.......aduss...berpeluh-peluh la eden semua...kih kih kih~itu la nak sangat turun ke jom heboh masa tu...(padan ngan muka)!

Tapak permulaan berlangsungnya jom heboh...


Jalan utama di tutup......


Soopa doopa


Mereka yang ku sayang.....


Kami.....huhu...


so, tak der pe dah nak tulis...just letak pic masa pergi sana je...hee~...

Khamis, 24 Februari 2011

Betapa indahnya jika kita memiliki...................


Betapa indahnya bila kita memilki :

Sebuah hati yang tidak pernah membenci,

Sebuah senyuman yang tidak pernah pudar,

Sebuah sentuhan yang tidak pernah menyakiti &

Sebuah persaudaraan yang tidak pernah berakhir dijalanNYA........

Khamis, 17 Februari 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul.....


Assalammualaikum......

Alhamdulillah....sudah sebulan rasanya aku tidak menulis...

apa-apa pun aku berharap tidak terlambat untukku ucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada
semua umat Islam di seluruh negara..... 

Sabtu, 15 Januari 2011

Siapa Insan Itu?

'Dia dianugerahkan Nur di wajahnya.
Kelembutan dihatinya.
Ketegasan pada didikannya.
Perawat kepada yang terluka.
Penghibur kepada segala kepedihan.
Penderma pada kasih sayang yang tidak bertepi.
Pendengar yang setia.
Perindu yang tidak ada kesudahannya.
Pemberi yang tidak pernah meminta balasan dan
Pendoa yang tidak pernah putus harapan'......

Begitulah hebatnya insan itu............

Rabu, 5 Januari 2011

Buatmu Gadis Pengemis Redha ILLahi...


Buatmu gadis pengemis redha Illahi.....
tika titis air mata jatuh ke bumi,
biarlah hanya Allah mengetahui,
kerana hanya dia penyembuh luka,
pemberi bahagia kepada hati dan naluri.

Sedikit yang bermanfaat lebih baik daripada banyak yang melalaikan.

Ujian Allah datang kerana kasihNya pada hambaNya,
agar iman terus meningkat,
hati semakin dekat dan jiwa lebih akrab denganNya.....

Uhibbukifillah ya ukhti...biarkan jodohmu..
biarkan dia bersedia dengan ilmu untuk memimpinmu kelak...
Allah memeliharanya jika kamu memelihara hubunganmu dengan Allah...