Selasa, 18 Mei 2010

Mengenali Makhluk Allah.......


QARIN

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia.
Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan
ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri.Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali.
Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan.
Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya.
Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utus malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah untuk kita membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang islam mamu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Qarin akan berpisah dengan "kembarnya" hanya apabila manusia meninngal dunia. Roh manusia akan di tempatkan di alam barzakh sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

-petikan dari buku "MEGENALI MAKHLUK ALLAH BERGELAR JIN HAKIKAT DAN PENGUBATAN..
dari DATO' HJ. ISMAIL KAMUS
ms/9.

Doa Bulan Rejab



"Ya Allah,berkatilah kami
pada bulan Rejab dan Syaaban serta
sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.
Aku bermohon keampunan Allah Yang Maha Agung
dan tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Hidup,
Yang Berdiri Sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya.
Ya Allah, Engkau-lah Tuhanku, tidak ada tuhan yang patut disembah
kecuali Engkau yang mencipta aku.
Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu.
Aku dalam perjanjian(beriman dan taat) kepada-Mu
sekadar kemampuan yang ada padaku.
Aku mengakui atas nikmat yang Engkau berikan kepadaku
dan mengakui dosa-dosaku.
Kerana itu aku memohon keampunan-Mu
dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau, ya Allah."

Jumaat, 14 Mei 2010

Pesanan sahabatku untuk sahabat-sahabatnya...


Sebelum matamu terlelap dari kesibukan dunia,ingatlah Tuhanmu..
yang menjadikan siangmu diwarnai dengan cabaran sebagai tarbiyah dariNYA........
yang menjadikan malammu indah dengan cinta ,kasih-sayang dariNYA....
alunkan alunan zikrullah, basahkan lidahmu dengan rentak kalamullah...
moga kita menjadi pengemis cinta ilahi..perindu syahid sejati....=)

Jumaat, 7 Mei 2010

JuMpa LaGi NnTi ea!!!!




InsyaAllah..aku akan jumpa korang-korang semua naik sem 3 nanti ea....
hehe.....rindu kat korang...

Rabu, 28 April 2010

CUti SeMeStER 2 bERmuLA...



Setelah berhempas pulas kami menelaah segala pelajaran kami....
alhamdulillah...sepanjang menduduki final exam..aku telah mejawab apa yang termampu...insyaAllah..semoga result kami semua..cemerlang dengan izin-Nya.....

Isnin, 12 April 2010

FiNaL ExAm.....



alhamdulillah..
selepas aku berehat selama 3 hari 2 malam di Pulau Redang...
kini,sudah tiba masanya untuk aku membuat persediaan untuk menghadapi final exam pada 18-26/4 ni....

insyaAllah,aku akan membuat yang terbaik untuk semester ke-2 ni.....

18/4 (TAFSIR) dan (MUTALAAH)
20/4 (ENGLISH)
22/4 (USUL FIQH)
24/4 (FIQH IBADAT)
26/4 (ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT)

Ahad, 11 April 2010

gmbr-gmbr di pulau redang......





jOm Pi pULaU rEdAnG.......



Pada 9-11/4...kami ahli ko asas pelayaran telah membuat lawatan ke PULAU REDANG..
seramai 65 ahli,termasuk 2 orang pengiring iaitu encik nizam dan encik zaki...cikgu othman pun ada....hehe..
bnyk aktiviti telah dijalankan...seperti snorkeling,jungle trekking.....
kesimpulannya,ini adalah pengalaman yang manis buat kami semua....