Selasa, 21 September 2010

Anak Murid Kesayangan...........


Seorang guru sangat mengasihi seorang anak muridnya berbanding yang lain, sehingga murid-murid yang lain begitu cemburu.


Mereka yang cemburu itu menuduh guru itu pilih kasih, tidak adil dan sebagainya. Ini menyebabkan guru itu mencari jalan bagaimana hendak menjelaskan kenapa dia bersikap demikian.

Suatu hari guru itu memberikan seekor ayam kepada setiap seorang anak muridnya. Dia menyuruh setiap oang menyembelih ayam itu di tempat yang tidak dapat dilihat oleh sesiapa.

Tidak lama kemudian, semua anak murid pulang, masing-masing dengan ayam yang telah disembelih di tangan. Ada yang menyembelihnya di dalam hutan, di sebalik batu dan di tempat-tempat lain yang tidak dapat dilihat orang.

Namun, anak murid yang dikasihi oleh guru tadi pulang agak lewat. Dan ditangannya ayam itu masih hidup, yakni belum disembelih.

"Adakah kamu gagal menyembelih ayam ini?" tanya guru.

"Saya tidak dapat menemui tempat yang tidak dapat dilihat sesiapa."

"Maksud kamu?"

"Di mana pun saya pergi Allah sentiasa melihat,"ujar anak murid kesayangan guru ini.

Mendengar jawapan dan melihat sikap itu, tahulah anak-anak murid yang lain mengapa guru mereka sayangkan rakan mereka itu......

3 ulasan:

  1. mesej yang mendalam....
    salam perkenalan. orang melaka ye?

    BalasPadam
  2. sesungguhnya guru itu mampu melihat..jauh kedalam hati anak-anak muridnya..kerana guru itu seorang yang mulia ajarannya...semua orang mampu menjadi guru..namun tak seorang pun yang mampu bergelar seorang guru...

    BalasPadam
  3. to kak aniza....yup,lisa org melaka...huhu

    to pelangi.....sungguh mendalam tulisan kamu...=)

    BalasPadam