Sabtu, 30 Oktober 2010

Air ditemui di planet Marikh...





Air ditemui di planet Marikh

kawasan berbatu-bata di Planet Marikh yang dirakamkan kenderaan penjelajah Rover.

________________________________________


WASHINGTON - Saintis-saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menemui bukti terbaru mengenai kemungkinan terdapat hidupan di planet Marikh, lapor sebuah akhbar semalam.

Para penyelidik NASA kini percaya bahawa persekitaran Marikh mampu menyokong kehidupan selepas air ditemui dalam bentuk cecair di planet merah berkenaan.

Penemuan itu dibuat kenderaan penjelajah Marikh, Rover Spirit selepas tayarnya terjelus ke bawah permukaan Marikh yang basah pada April lepas.

"Jika terdapat air dalam bentuk cecair pastinya terdapat kehidupan," kata seorang saintis berkenaan, Ray Arvidson dari Universiti Washington di St Louis.

Penemuan kali ini merupakan petanda pertama bahawa air dalam bentuk cecair wujud di Marikh sejak beberapa ribu tahun dahulu.

Kajian terbaru NASA itu dilaporkan dalam Journal of Geophysical Research.

Ia menyatakan bahawa cecair terbentuk daripada salji yang mencair dan meresap ke bawah tanah dan tidak meninggalkan kesan di permukaan Marikh yang kontang.

Air tersebut mengandungi beberapa garam galian termasuk hematit, silika dan gipsum.


p/s: sebenarnya isu ni, kluar tahun lepas, tp aku baru tahu, so, aku postkan la kat blog aku......... hehe...kepada yang da tau..minta maaf la deh.....=)

2 ulasan: