Rabu, 11 Ogos 2010

Saya Rela Jadi Isteri Kedua Awak....


Saya Rela Jadi Isteri Kedua Awak..

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.

Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut.

Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.

Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.

"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Syazni tersenyum.

Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.

Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"PERJUANGAN, " jawab Syazni.

(tq,Fiqa)

Renugkanlah Sedalam-Dalamnya...


Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "



`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Salam Ramadhan...


Alhamdulillah..hari ni merupakan pagi 1 Ramadhan 1431H..
Aku ucapkan Selamat menunaikan ibadah puasa sepanjang bulan mulia ini.....
Semoga kita diredhai dan dilimpahkan rahmat oleh Allah....
InsyaAllah...

Kepada Housemate terchenta(kak eda, sarah, jannah, kak ila, amy, zati, kak yad ,kak mun dan mahirah) ...semoga misi kita berjaya dengan jayanya sempena bulan Ramadhan ini..ok..hehe....

Jumaat, 30 Julai 2010

Saat Ini......


Saat hati disapa salju ketenangan......

Akal mula memberi bayangan....

Diri ini tidak keseorangan....

Saat lafaz rindu dialunkan..

Aku terkedu seketika...

Mampukah perasaan ini ditunda dan disimpan tanpa diterjemahkan...

Benar,rindu itu fitrah insani..

Hadirnya tidak dapat dilihat...

Tapi rindu itu dapat dirasai...

Oh hati yang ditautkan ukhwah kerana-NYA.......

Dan,

Benar.......diri ini terlalu merinduimu......

(khas untuk Kautsar,Kak Ekin,Puteri,Aaishah,Hawa,Nabila,Fira,Kak Ida,Teyah,Ana,Nad,Iqa,Zakiah,Opie,Shue,Pqa,Yam,Daya)

SeLaMaT pEnGaNtiN BaRu!!!!!

aku dan ifah(bergmbar kat atas pelamin tu..hehe)

aku, huda dan adik kak yuni(yuzi)

aku dan kak yuni

Semoga berbahagia dan kekal selamanya.....kepada akak yuni dan abg saiful...

semalam,first time aku pergi rumah orang kahwin di Terengganu ni....
hehe.....

Balik kelas jer semalam dalam pukul 12 tgh hari...aku,huda dengan ifah pergi rumah kak yuni..nak makan nasi orang kawen sebenarnya,(lapo)...huhu....
akad nikahnya malam sebelumnya,tapi kitaorang semua ada kelas malam..so, tak dapat la pergi..... sorry ye,kak yuni...=)

Secara keseluruhannya,meriah jugak la walaupun diraikan secara kecil-kecilan..

Rombongan pengantin lelaki sampai dalam lebih kurang pkul 2:00 tgh hari..dengan temanya berbaju warna kuning emas....

Sesampai jer kitaorang kat rumah akak yuni,mula-mula rasa segan nk makan nasi..hehe..
jd,kitaorang bersalam-salaman dulu dengan mak cik2 yang ada kat dalam rumah masa tu...and then trus jer trun bawah makan nasi....haha...dua kali tambah...segan giler..lapar punya pasal masing-masing bru abis kelas..x makan lagi..jd kita melantak abis-abis...hehe....

Hmm...kepada akak yuni and her husband (abg saiful) semoga berbahagia ke akhir hayat hendaknya.....insyaAllah.....Selamat Pengantin Baru!!

Khamis, 15 Julai 2010

Semester Tiga Sudah Bermula...


Sudah seminggu lebih rasanya aku ada di UniSZA ni...
hmm....rasanya macam x bersemangat je bukak sem ni..x tau knapa???
kok bisa begini??runsing btul aku...
aku rasa maybe lama sangat bercuti di rumah sem lepas...sebab tu jadi macam ni,lagipun kena 'take time' sesuaikan diri aku ni kat asrama baru..blok f..nasib baik tingkat satu...hehe...
kuliah pulak..ada yang lecterur masuk,ada yang tidak..
so,far x berapa banyak lagi assingment dan tugasan yang diberi...insyaAllah..banyak la nanti tu..huhu..=)

sem ni,insyAllah..aku amik muet...so,kena kerja kuat ckit untuk semester ni...x nak tido jer..kena kurangkan ckit tido ni..hehe...

Apa-apa pun...semoga aku menjadi yang lebih baik dalam beribadah,sikap yang lebih baik, pembelajaran, ukhuwah sesama sendiri dan sebagainya dari semester-semester yang lepas....amin...

ChaiyOok!!!!!!!!!

Rabu, 7 Julai 2010

Sesungguhnya.....


Salam..

sejak kebelakangan ini,aku teringatkan arwah atuk aku Shahbudin..

rasanya belum sampai setahun lg pemergian arwah...

Aku amat sayangkan dirinya...teringat waktu aku kecik-kecik dulu,dia selalu memanggil aku dengan gelaran along@'yuyun'....

Atuk telah menghembuskan nafas terakhirnya di rumah keluargaku sendiri tanggal bulan 10 yang lepas...waktu itu,aku ingat lagi..sedang aku habis solat isya' di asramaku..
adikku menelefon aku dan dari suaranya yang kedengaran cukup sedih itu memberitahaku tentang peninggalan arwah...

Mamaku,memberitahuku tentang bagaimana dia terjatuh di bilik air dan terus tidak sedarkan diri..aku sungguh sedih...
teringat lagi aku tidur di sebelahnya..dan dia tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana tidurku yang lasak..esok paginya baru dia bgtau aku dan kembali tidur semula,aku hanya ketawa geli hati,'kesian atuk'=).........
Aku ingat lg,atukku ini suka sangat menelefon dan menghantar mesej kepadaku..
jika aku tidak membalasnya dia akan menelefonku kembali dan kembali..dan dia berkata kepadaku.."long,kenapa tak angkat tepon,penat atuk call" ataupun "long,kenapa x jawab sms atuk,penat atuk taip"...begitulah ayatnya..walaupun begitu,aku senang dengan caranya..terlalu ambil berat terhadap cucu-cucunya....
Aku ingat lagi betapa lemahnya dia,betapa kurusnya dia sebelum aku pulang cuti semester pertama....tetapi,aku tidak menyangka selepas aku pulang ke kampusku dari cuti semester,atukku pergi menghadap Illahi.....walau apapun,aku sempat menatap arwah selepas pak cik Nordin,kawan papa menjemputku dikampusku Terengganu,terus pulang ke Jerantut dan sampai selepas azan Zohor esoknya...waktu itu,arwah baru sahaja hendak dikebumikan...

dan aku akan selalu berdoa agar rohnya sentiasa bersama dengan orang-orang yang beriman..amin...

Aku percaya akan qada' dan qadar bahawa jodoh pertemuan, ajal maut semua ketentuan dari-Nya...aku redha akan pemergiannya........
[Al-Fatihah]

Khamis, 1 Julai 2010

Khabarkan Pada Muslimah Itu........




Khabarkan pada muslimah
itu,
dirinya ibarat kaca: disentuh terguris,dihantuk serpih,dihempap berkecai...

Pesankan pada muslimah
itu,
jaga tutur kata: cakap tinggi nnti dibenci,terlalu rendah dipijak pula,cakap sombong mengundang lawan,hati-hati meluah kata,kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa....

Ingatkan pada muslimah
itu,
jaga tingkah laku: harga diri letaknya disitu,jangan meluru ikut telunjuk nafsu,sesekali tersilap langkah ,akan dihukum selamanya,keturunan dicerca payah,menyesal kemudian bukan faedah....

Beritahu pada muslimah
itu,
jaga pakaian: ia cermin peribadi,juga lambang bangsa,dimana dan dalam keadaan macam manapun,biar Orang kenal Dia Orang ISLAM....

Sampaikan pada muslimah
itu,
simpan secebis malu,kerana malu itu sebahagian dari iman........

(pesanan seseorang yang bernama sahabat..syukran Kautsar Izzati)